Melayu dan Islam: Satu Penilaian Implikasi Terhadap Budaya Keusahawanan Bangsa
Keywords:
Melayu Islam, Penilaian Implikasi, Budaya KeusahawananAbstract
Apabila bertukar agama, perubahan pandangan semesta adalah perkara paling mendasar yang dialami oleh seseorang individu atau sesebuah masyarakat. Pandangan semesta ini sangat berpengaruh dalam membentuk personaliti dan tingkah laku mereka. Perhatian diberikan pada agama Islam adalah berdasarkan kesannya yang begitu signifikan dalam banyak lapangan kehidupan orang Melayu. Islam merupakan sumber nilai utama bagi kebudayaan Melayu berdasarkan pengaruhnya dalam kehidupan mereka pada masa lalu, ketika ini dan masa akan datang. Justeru, artikel ini cuba menilai implikasi hubungan antara masyarakat Melayu yang beragama Islam dengan pencapaian ekonomi mereka khususnya dalam bidang keusahawanan. Kajian berdasarkan perspektif sejarah ini mendapati, budaya orientasi agama yang dianuti ini telah memberikan kesan yang signifikan dalam pencapaian ekonomi mereka khususnya dalam bidang keusahawanan
References
Abulhasan Muhammad Sadeq. (2006). “Economic Growth in An Islamic Economy” dalam Abulhasan Muhammad Sadeq (eds.). Development Issues in Islam. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia.
Ahmet T. Kuru. (2019). Islam, Authoritarianism, and Underdevelopment: A Global and Historical Comparison (2019) diterbitkan oleh Cambridge University Press.
Brien K. Parkinson (1975), “Non-Economic Factors in the Economic Retardation of the Rural Malays” dalam David Lim (eds.) Readings on Malaysian Economic Development, Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 40-41.
Geertz. C. (1965). “Modernisation in a Muslim Society: The Indonesian Case”, dalam Bellah, R. N. (eds.), Religion and Progress in Modern Asia, New York: The Free Press.
Geertz, C. (1968). Islam Observed. Chicago: The University of Chicago Press.
Roff, W. R. (1967) The Origins of Malay Nationalism. Lumpur: University of Malaya Press.
Shaharuddin Maaruf (1988) Malay Ideas on Development: From Feudal Lord to Capitalis. Petaling Jaya: SIRD.
Siddiq Fadzil et al. (2005). Pengurusan Dalam Islam, Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM Sdn. Bhd.
Sutcliffe (1975), “Is Islam an Obstacle to Development? Ideal Patterns of Belief Versus Actual Patterns of Behavior”, Journal of Developing Areas, j. 10. Oktober, h, 77-81.
Swettenham, F. (1967). A Nocturne and Other Malayan Stories and Sketches, Kuala: Lumpur: Oxford University Press.
Syed Hussein al-Attas (1989), Mitos Pribumi Malas, Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina Dalam Kapitalisme Penjajah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1993). Islam and Secularism, Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Cizilization. (ISTAC),
Winstedt, R. O. (1961). The Malays: A Cultural History. London: Routledge.



