Biografi Tokoh Sejarawan Kedah Dato’ Dr. Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof

Authors

  • Haslinda Hasan Universiti Utara Malaysia
  • Mohd. Yusfadzillah Mohd. Yusoff Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Sejarawan, sejarah, Islam, patriotik, pengiktirafan

Abstract

Tokoh Dato’ (Dr.) Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof  merupakan sejarawan Kedah yang banyak berjasa dalam mendokumentasikan segala pengkisahan sejarah zaman lampau dan kini serta menambahbaikan input-input dan data sejarah yang ditemui dari semasa ke semasa. Beliau aktif dalam menjalankan penyelidikan, penulisan dan penghasilan karya sejarah, bahasa, budaya dan pelbagai ilmu. Beliau dilahirkan pada 7 Jamadil Awal 1351 bersamaan dengan 18 September 1932 di Jalan Tupai, Taiping, Perak dan dibesarkan di Kedah. Ayahnya adalah berketurunan Jawa manakala ibunya pula bernama Wan Salmah binti Megat Shamsudin berketurunan Acheh tetapi dilahirkan di Perak. Kedua ibu bapanya melangsungkan perkahwinan pada tahun 1928. Beliau tidak dapat memastikan dengan tepat dan jelas bagaimana cerita sebenarnya kedatangan kedua ibu-bapanya dari Jawa dan Acheh ke Tanah Melayu. Beliau berasal dari keluarga besar di mana bapanya mempunyai lapan orang adik beradik dan ibunya pula terdiri dari lima orang adik beradik. Ketokohan beliau dalam penulisan adalah penyumbang terbesar dan konsisten terutama dalam bidang sejarah sejak 1956 sehingga sekarang. Ketokohan beliau yang telah diiktiraf oleh masyarakat dan kerajaan Malaysia dan antarabangsa. Hal ini menjadikan beliau lebih dekat dengan masyarakat setempat khususnya di negeri Kedah.

References

Abdullah Zakaria Ghazali. 2005. Sejarah Malaysia Kontemporari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Ismail. 2010. Warisan dan Sejarah Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah.

Awang Had Salleh. 1997. Pendidikan dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamka. 1982. Falsafah Hidup. Jakarta: Bulan Bintang.

Haji Mansor bin Haji Din. 2017. Artikel Biodata Wan Shamsudin bin Mohd. Yusof 1932–2017. Alor Setar: Kedah.

Hall of Fame Kedah. 2017. Dicapai dari http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_6_02.htm pada 25 Oktober 2017.

Jabatan Perdana Menteri Malaysia. 1999. Senarai Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Kedah. Putrajaya: JPM.

Mohd. Yusoff Hashim. 1992. Kesultanan Melayu Kedah: Suatu Sorotan Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muzium Negara Malaysia. 2007. Tokoh Pemuziuman Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. 2006. Tokoh Sejarawan Gemilang Kedah: Sempena Jubli Emas PSMCK. Alor Setar: PSMCK.

Persatuan Sejarah Malaysia. 2012. Anugerah Felo Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: PSM.

Tengku Anuar Tengku Dalam. 1987. Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Temu bual bersama Dato’ Dr. Haji Wan Shamsuddin di Teratak HAMKA, Alor Setar pada 7 Mei 2017.

Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2003. Tokoh Guru Suluh Budiman: Penghargaan kepada Dato’ Wan Shamsudin Mohd. Yusof. Tanjung Malim: UPSI.

Universiti Utara Malaysia. 2008. Konvokesyen ke-21: Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sejarah) kepada Dato’ Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof. Sintok: UUM Press.

Downloads

Published

2025-12-27

How to Cite

Haslinda Hasan, & Mohd. Yusfadzillah Mohd. Yusoff. (2025). Biografi Tokoh Sejarawan Kedah Dato’ Dr. Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof. Jurnal Ushuluddin: Media Dialog Pemikiran Islam, 83–87. Retrieved from https://journal.uin-alauddin.ac.id/index.php/alfikr/article/view/63936