Muhammad Uthman El-Muhammady: Analisis Biografi dalam Konteks Teori Pemikiran-Sosial
Keywords:
El-Muhammady, Teori Ekologi, Teori Perserikatan Sosial, Teori Sosial, BiografiAbstract
Muhammad Uthman el-Muhammady adalah seorang tokoh pemikir dan pendakwah Islam yang disegani di Malaysia. Latar sejarah dan keperibadian beliau dipenuhi dengan pelbagai pengalaman kehidupan yang berasaskan dunia akademik. Pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh ajaran ahli Sunnah wal-Jamaah. El-Muhammady lantang memperjuangkan dan menentang sebarang aliran pemikiran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah, sehingga ada yang menganggap beliau sebagai individu yang ekstrem dalam perjuangannya. Keperibadiannya mencuri perhatian dalam dunia pemikiran Islam di Malaysia melalui penguasaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris, baik dalam penulisan mahupun ketika berhujah. Penyelidikan ini akan berlandaskan Teori Ekologi, Teori Persekitaran Sosial dan Teori Sosial. Biografi Muhammad Uthman El-Muhammady akan dianalisis menggunakan teori-teori pemikiran ini untuk memahami pembentukkan sahsiah dan personaliti beliau dari peringkat awal hingga akhir perjuangannya. Hasil penyelidikan menunjukkan bagaimana latar sejarah Muhammad Uthman El-Muhammady yang diasuh oleh arwah ayahandanya dengan penekanan terhadap ilmu, memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadiannya sebagai tokoh yang disanjung oleh masyarkat kerana ketinggian ilmunya. Corak pemikiran dan kehidupan el-Muhammady wajar dijadikan rujukan oleh masyarakat dalam usaha membentuk dan melahirkan personaliti yang unggul.References
Ali Mat Zin, A., & Aziz, S. H. (2018). Muhammad Uthman El-Muhammady: Analysis on His Contribution to Writing. Journal of Al-Tamaddun, 13(2), 55–64.
Asma el-Muhammady binti Muhammad Uthman el-Muhammady. (Pensyarah Kanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), dalam wawancara dengan penulis, 6 Oktober 2020.
Bubolz, M. M., Eicher, J., & Sontag, M. S. (1979). The human ecosystem: A model. Journal of Home Economics, 71(1), 28-31.
Daeng Sanusi Daeng Mariok. (1988). Sejarah dan Perkembangan al-Rahmaniah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gross, R. (2021). Psychology: The science of mind and behaviour (8th ed.). Hodder Education.
Hasbullah Mat Daud, Ahmad Yussuf & Fakhrul Adabi Abdul Kadir. (2020). Pembentukan Akhlak Dan Sahsiah Pelajar Melalui Pembelajaran Sosial Menurut Perspektif Islam. Journal of Social Sciences and Humanities, vol. 17 No. 9.
Mohd Kamal Hassan. (bekas Pensyarah Kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), dalam wawancara dengan penulis, 1 April 2019.
Ismail Mina bin Ahmad. (Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), dalam wawancara dengan penulis, 23 November 2017.
Mcgregor, S.L.T. (2010). Home Economics as an Integrated, Holistic System: Revisiting Bubolz And Sontag's 1988 Human Ecology Approach. International Journal of Consumer Studies, 35(1):26-34.
Mhd Rasid Hamdi, Yuli Harti & Yanti. (2021). Pemikiran Pendidikan Islam Ibnu Khaldun 1332M. Jurnal KutubKhanah, 20 (2): 121.
M. Umaruddin. (2013). The ethical philosophy of al-Ghazali. Adam Publishers & Distributors.
Raihan Mohd Arifin & Kamarul Shukri Mat Teh. (2020). Pengintegrasian Teori Persekitaran Islam dan Barat dalam membentuk iklim dini. Jurnal Refleksi Kepimpinan, Jilid III, 86 95
Rohayati Junaidi. (2020). Persekitaran Yang Membentuk Modal Insan Dalam Novel Kanak Kanak. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) 31(1):97-119.
Sadownik, A.R. (2023). Bronfenbrenner: Ecology of Human Development in Ecology of Collaboration. (Re)theorizing More-than-parental Involvement in Early Childhood Education and Care. Springer.



