Budaya Masyarakat Jawa di Kedah
Keywords:
Gamelan, Javanese, budaya, kuda kepang dan Kedah, Gamelan, Javanese, budaya, kuda kepang, KedahAbstract
Nilai dan peradaban dalam kalangan manusia mempunyai maksud yang besar. Etika di klasifikasikan sebagai sifat karakter, sikap dan adab yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Nilai pula bermaksud sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan, dan kesederhanaan. Hal yang demikian ia juga boleh di sifatkan sebagai perasaan tersirat bagi individu atau sifat-sifat bagi suatu kelompok atau individu. Budaya masyarakat Melayu menggunakan pantun yang mempunyai maksud tersirat dalam menyampaikan sebuah cerita yang wujud nilai atau pengajaran terhadap sesuatu perkara. Kajian menggunakan metod kualitatif iaitu temu bual dan kajian lapangan untuk mendapatkan sumber yang lebih jelas. Pada zaman dahulu, pantun sering digunakan utuk menyindir atau menegur seseorang secara halus. Namun begitu, pantun merupakan satu estetika yang tinggi pada zaman sekarang dan sebaliknya. Begitu juga dengan masyarakat yang berpindah ke pelusuk dunia pada zaman dahulu, dengan membawa nilai, adab dan kebudayaan setiap kelompok kaum dan masyarakat terutama di Tanah Melayu seperti Jawa, Minangkabau, Mandailing, Riau, Banjar dan Acheh. Setelah kelompok-kelompok ini berasimilasi dengan penduduk di Tanah Melayu, budaya dan leluhur masyarakat asal seperti Jawa sudah kurang ditonjolkan dan dipraktikan pada zaman sekarang. Petikan di bawah menunjukkan orang Jawa tekad mengekalkan identiti jati diri mereka.
References
Arbagun Hardjowirgo, Manusia Jawa. PT Inti Idayu Press, Jakarta. 1989.
Firth, R. Coot, J. and Shelton, A. ed. Art and Anthropology. 1992.
Geertz, C. Tafsir Kebudayan. Yogyakarta: Kanisius. 2000.
Noriah Mohamed, Jawa Di Balik Tabir. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 2001
Sumarjo, J. Filsafal Seni. Bandung: ITB. 2000.
Sunarti, S., Masri, M., & Bakar, Z.A (2025). Persepsi masyarakat terhadap diaspora Jawa di Malaysia: Asimilasi, adaptasi dan peranan media. Jati. Journal of Southeast Asian Studies, 30(1).. http://ejounal.um.edu.my/index.php/jati/articles/view/20231
Prawiroatmodjo. Bausastra Jawa Indonesia. Jilid , edisi 2. 1980
Turner, V. The Forest of Symbols.Ithaca and London: Cornell University Press. 1982.



