Sejarah dan Solidariti Perantau Acheh dan Siam di Kedah Membawa Kesejahteraan Bersama
Keywords:
Perantau, Acheh, Siam, solidariti dan sejahteraAbstract
Kajian mengenai suku-suku Melayu atau perantau banyak dikaji terutamanya dia Malaysia. Perantau selalunya berhijrah dengan Kawasan yang dekat atau mempunyai persamaan geografi, budaya, bahasa, adat dan seumpamanya adalah lebih mudah diterima. Ia seiring dengan jalinan persahabatan dan hubungan silam yang lama bertaut. Pengkaji berminat untuk mengkaji perantau Acheh dan orang Siam disebabkan mereka mempunyai persamaan dari aspek solidariti yang kukuh. Semangat solidariti dijelmakan keluar apabila mereka mempunyai keakrabatan yang rapat walaupun bukan bersaudara. Hubungan jauh tanpa pertalian darah yang erat dan kukuh sehingga sanggup membantu daripada segi kewangan dan tenaga serta pengekalan jati diri seiring dengan kemakmuran hidup bersama. Sejarah kemasukan kedua-dua suku ini adalah berbeza namun semangat untuk merubah hidup membawa pengekalan identiti masing-masing berupaya mewujudkan kesatuan masyarakat yang kukuh. Kedua suku ini berjaya membina komuniti yang mantap di negeri Kedah dan sama-sama mendapat faedah kejayaan dalam kehidupan. Oleh itu sejarah kedatangan dan identiti yang kukuh menyebabkan orang berketurunan Acheh dan Siam berjaya membina komuniti yang kuat di Kedah. Malah mereka telah lama hidup bersama dan berkongsi segalanya dengan penduduk tempatan secara harmoni. Masyarakat tempatan juga menerima mereka sehingga kini dan diiktiraf sebagai orang berketurunan Melayu dan bumiputera
References
Asiah Othman (1978) Masyarakat Thai di Kedah 1900-1960an satu tinjauan umum mengenai sosial ekonomi dan kegiatan berpersatuan, Bangi, Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fahmi Razali, Muhammad Faisal Sanusi dan Qusaiyen Aly As Su’udi (2010) Teungku Haji Muhammad Hasan Krueng Kalee, (1886-1973): Ulama Besar dan Guru Umat, Yayasan Darul Ihsan Tgk Hasan Krueng Kalee, Banda Aceh.
Haslinda Hasan (2017), Peranan dan Sumbangan Masyarakat Aceh di Kedah dari Tahun 1900-2000, Tesis PhD, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
https://pbt.kedah.gov.my/index.php/info-sik-mds/, akses 22/11/2025
Ibrahim Bakar (2023), Naratif Sejarah Kedah, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah.
Pamplet dari Majlis Daerah Sik bertajuk Jejak Watt “Sik Daerah Pelancongan Ibadah”
Wan Shamsudin Mohd Yusof (1995). Alor Setar Sebagai Pusat Perkembangan Bahasa Melayu Di Kedah, dalam Cetera, Jilid 12, Januari, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman.
Haslinda Hasan, Indeks Pencapaian Komuniti Migrasi Malaysia: Profail dan Pengkategorian Komuniti Aceh Malaysia bagi Keperluan Sektor Sosial dan Ekonomi, geran KPT Fundamental Research Grant Scheme (SO kod 13230), tidak diterbitkan.
Haslinda Hasan, Elemen Kekitaan Etnik Siam di Sik: Pembinaan Kerangka esprit de corps Minoroti dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia, geran Universiti (UUM), (SO kod 14796, tidak diterbitkan.



